Date99 - Tidak semua orang bertuah mendapatkan cinta hati yang mereka impi-impikan. Tidak semua juga yang berjaya meraih cinta sejati sewaktu diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Hanya cinta yang benar-benar tulus berjaya menangkis semua cabaran dalam percintaan.
Di sebalik wajah yang ceria dan senyuman yang manis, ada ujian besar yang sedang menimpanya.
| Menyentuh Hati! Biar Pun Isteri Didiagnosis Kanser, Botak Akibat Kemoterapi Yang Dijalani, Dia Tetap Setia Di Samping Wanita Kesayangannya! |
Miko telah didiagnosis menghidap tumor pada tahun 2015. Tumor sebesar 10 cm itu dikatakan tumbuh antara paru-paru dan jantungnya. Dia kemudian menjalani kemoterapi bagi merawat penyakitnya itu. Berikutan rawatan kemoterapi yang dijalani, fizikal Miko mulai berubah. Rambut, bulu mata dan keningnya mulai gugur. Namun begitu, di sisinya berdirinya seorang suami yang sering memberikan sokongan buatnya. Siapa sangka enam bulan kemudian Miko disahkan sembuh daripada penyakitnya itu!
| Menyentuh Hati! Biar Pun Isteri Didiagnosis Kanser, Botak Akibat Kemoterapi Yang Dijalani, Dia Tetap Setia Di Samping Wanita Kesayangannya! |
Miko mula mengesan ada sesuatu yang tidak kena pada tahun 2015 lalu. Dia sering mengalami batuk yang agak teruk. Dia juga telah banyak kali berjumpa doktor di pelbagai klinik tetapi masih tidak beransur pulih.
Dia akhirnya memutuskan untuk ke hospital dan di situlah dia akhirnya tahu punca penyakit sebenarnya. Doktor mengesahkan ada tumor yang tumbuh di antara jantung dan paru-parunya. Dia disarankan agar menerima rawatan yang sepatutnya dengan segera.
Tanpa membuang masa Miko terus menjalani kemoterapi. Sesungguhnya rawatan melalui kemoterapi adalah sesuatu yang sangat menyiksakan. Kesakitan luar biasa pasti dialami oleh mana-mana pesakit yang menjalani rawatan melalui kaedah ini.
Setiap kali dia menjalani kemoterapi dia harus tinggal di hospital selama lima hingga enam hari. Dia juga makan ubat dengan konsisten walaupun terpaksa menelan 18-19 ubat steroid setiap hari. Tiga kali seminggu dia akan menjalani kemoterapi sejak Ogos hingga akhir Disember 2015.
Kemoterapi telah membuatkan semua rambutnya gugur.
Walaupun dia menjadi botak selepas menjalani rawatan itu dia masih bertuah kerana suaminya setia di sisinya, masih menyayanginya seperti biasa.
Mengimbau semula waktu lalu, Miko mendedahkan akan kebiasaan hariannya sebelum dia jatuh sakit. Dia mengatakan bahawa dia sering tidur lewat sekitar jam 4 atau 5 pagi. Oleh kerana itu mungkin menjadi penyebab kepada kanser yang dihidapinya.
| Menyentuh Hati! Biar Pun Isteri Didiagnosis Kanser, Botak Akibat Kemoterapi Yang Dijalani, Dia Tetap Setia Di Samping Wanita Kesayangannya! |
Setelah enam bulan menjalani kemoterapi Miko akhirnya menerima berita gembira apabila doktor mengesahkan dia bebas daripada kanser. Miko merasakan seolah-olah dia diberikan sebuah hidup yang baharu.
Sebagai tanda sokongan kepada pesakit kanser lain Miko seringkali berkongsi cerita mengenai pengalamannya media sosial. Dengan sokongan suaminya Miko percaya dia akan berjaya melawan penyakitnya.
Sesungguhnya apa yang dilalui Miko bukan lah sesuatu yang mudah, tetapi walau sukar bagaimanapun dengan keinginan untuk sembuh yang kuat serta sokongan daripada orang sekeklilingnya, terutama suaminya telah membantunya melalui fasa-fasa yang begitu sukar.
Miko kini bebas daripada kanser berkat usaha dan sokongan yang diterimanya!
Sumber: Era Baru

0 Response to "Menyentuh Hati! Biar Pun Isteri Didiagnosis Kanser, Botak Akibat Kemoterapi Yang Dijalani, Dia Tetap Setia Di Samping Wanita Kesayangannya!"
Catat Ulasan