Date99 - Seorang lelaki dari Filipina mendapat perhatian meluas pengguna media sosial setelah dia memuat naik hasil seninya yang unik. Carlito Romanillos, 52, mula dikenali pengguna alam maya pada Disember 2016 kerana ciptaan dan rekaannya yang menggunakan wayar aluminium kelihatan sungguh lain dari yang lain.
| Hasil Seni Halus Buatan Tangan Dari Jalinan Wayar Aluminium Rupa-Rupanya Direka Oleh Seorang Pemandu Berusia 52 Tahun |
Kini sempena sambutan hari Krismas yang bakal diraikan tidak lama lagi, namanya kembali diperkatakan. Rata-rata pengguna laman sosial berpendapat hasil ciptaannya sesuai untuk dijadikan hadiah dan cenderahati.
| Hasil Seni Halus Buatan Tangan Dari Jalinan Wayar Aluminium Rupa-Rupanya Direka Oleh Seorang Pemandu Berusia 52 Tahun |
Carlito Romanillos yang bekerja sebagai pemandu pada asalnya tidak langsung bercadang untuk menjual rekaan seninya. Akan tetapi, rakan-rakan yang pernah melihat hasil kraftangannya berpendapat yang ia berpotensi untuk dimajukan dan menggalakkan Romanillos untuk menjana pendapatan pada masa yang sama.
| Hasil Seni Halus Buatan Tangan Dari Jalinan Wayar Aluminium Rupa-Rupanya Direka Oleh Seorang Pemandu Berusia 52 Tahun |
“Saya langsung tidak berniat menjual rekaan pada awalnya kerana saya hanya mahukan sesuatu untuk menghias rumah, selain dijadikan koleksi peribadi. Namun, kawan-kawan mengatakan tidak salah sambil menyelam minum air. Maka, saya pun cuba untuk menjualnya.”
Romanillos kemudian mengetengahkan hasil ciptaanya dengan memuat naik gambar di media sosial. Pengguna alam maya pula berasa kagum dan bangga dengan hasil seni ciptaan anak tempatan seperti Romanillos. Foto rekaannya mula ditularkan.
Menurut Romanillos, di peringkat permulaan dia mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan sebuah ciptaan motosikal. Kini, berkat usaha dan latihan berterusan dia mampu menyempurnakan rekaan tersebut hanya dalam masa seminggu.
Semasa mula-mula membina rekaan, dia hanya menggunakan wayar halus. Apabila dia semakin mahir dia beralih menggunakan wayar aluminium kerana binaannya lebih tegap selain warnanya juga lebih terang.
| Hasil Seni Halus Buatan Tangan Dari Jalinan Wayar Aluminium Rupa-Rupanya Direka Oleh Seorang Pemandu Berusia 52 Tahun |
Bapa kepada seorang anak perempuan, Romanillos sangat berbangga dengan hasil kerja tangannya. Masakan tidak? Dia menghabiskan masa yang agak lama untuk menghasilkan corak berjalin yang sangat rumit.
Harga sebiji motosikal bermula daripada Php1,300 (RM106) dan boleh mencecah Php7,000 (RM573) bergantung kepada kerumitan corak. Walaupun begitu, ada juga sesetengah pihak berpendapat karya seni Romanillos agak mahal.
“Saya berharap pembeli tidak tawar-menawar harga keterlaluan kerana ini ialah hasil kerja tangan saya. Banyak usaha yang saya peruntukkan. Lagipun, ia sebenarnya hanyalah sebuah hobi untuk saya,” ujar Romanillos.
Sumber: Era Baru

0 Response to "Hasil Seni Halus Buatan Tangan Dari Jalinan Wayar Aluminium Rupa-Rupanya Direka Oleh Seorang Pemandu Berusia 52 Tahun"
Catat Ulasan