Awas! Gelang Toksin Ini Boleh Mengakibatkan Halusinasi Dan Membawa Maut

Date99 - Tidak semua barang kemas yang cantik selamat dipakai. Selepas anda mengetahui bagaimana barang perhiasan hampir menghancurkan kehidupan seorang ibu dan anak-anaknya, daya tarikan pada aksesori mungkin berubah. Bukannya anda tidak perlu pakai lagi, tetapi perlu berhati-hati dengan apa yang anda pakai dan jangan tertipu oleh kilauan barang kemas.
Jo Wollacott dari United Kingdom mula menunjukkan gejala aneh sehingga dia seperti bukan lagi dirinya. Doktor yang melihatnya tidak begitu pasti apa yang salah dengannya, tetapi mereka dilaporkan yakin bahawa dia menggunakan dadah. Jo menjelaskan:
“Saya berada di hospital selama beberapa hari dengan halusinasi – saya tidak tahu apa yang sedang berlaku … Doktor tidak tahu apa yang berlaku terhadap saya. Mereka tidak tahu ubat apa yang sesuai untuk diberikan kepada saya. “
Jo Wollacott adalah mangsa gelang toksik yang dijual di atas talian
Jo bukan sahaja mengalami halusinasi, gatal-gatal dan kebimbangan kesihatan mental tetapi dia juga mengalami loya dan gatal-gatal yang serius. Semua itu adalah tanda-tanda bahawa dia mengambil dadah tetapi hasil ujian darahnya mendakwa dia negatif daripada dadah.
Oleh kerana pakar tidak dapat menentukan masalah yang sebenar, ibu kepada dua anak ini terperangkap dalam keadaan misteri. Kehidupannya hancur. Dia berpisah dengan teman lelakinya dan kemudian kehilangan kerja sehingga dia tidak mempunyai pilihan lain selain menjual rumahnya untuk menyokong keperluan kewangan mereka. Dia hampir putus harapan dengan kehidupannya apabila dia akhirnya menemui puncanya.
Ibu berusia 40 tahun ini mengalami halusinasi serius, gatal-gatal, dan masalah kesihatan mental apabila dia mula memakai gelang itu
Jo menerima surat daripada sekolah anaknya. Ia adalah notis yang memberi amaran kepada ibu bapa tentang kesan toksik daripada gelang itu. Rupa-rupanya. Rupa-rupanya, Jo telah membeli gelang tersebut untuk dirinya sendiri melalui eBay. Dan apabila menyedari keadaannya yang pelik, dia berkata gejala itu bermula apabila dia mula memakai gelang itu. Dia berkata:


“Surat itu mempunyai gambar gelang saya. Apabila saya mendapat surat amaran itu, saya pulang dan mengambil gelang itu dan menyedari berapa lama saya memakainya … Saya tidak percaya. Apabila saya mendapati halusinasi adalah sebahagian daripada kesan sampingan keracunan manik itu.”
Nasib baik, Jo pulih daripada toksin yang hampir merosakkan kehidupannya dan kini memberi amaran kepada orang lain mengenai barang perhiasan ini


Perhiasan yang digelar sebagai “manik cinta” berasal daripada biji benih maut tumbuhan Peru “abrus precatorious.” Menurut sains, biji benih ini mengandungi toksin abrin, yang boleh membunuh dalam dos sekecil 3 mikrogram. Abrin telah dilarang di bawah Akta Keganasan, seperti ricin, kerana ia boleh digunakan dalam perang kimia.
Abrus precatorius, biasa dikenali sebagai Jequirity, Mata Ketam, dan Rosary Pea


Pengambilan sebiji biji benih ini boleh membawa maut kepada orang dewasa dan kanak-kanak
Oleh itu, apabila anda membeli aksesori seterusnya, pastikan anda menanyakan bahan yang digunakan dalam barang perhiasan terlebih dahulu. Jangan mudah sukakan perkara yang cantik dan lakukan penyelidikan sedikit jika ia selamat untuk anda atau tidak.
Tonton klip di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman Jo Wollacott yang menakutkan:

Sumber: Era Baru

0 Response to "Awas! Gelang Toksin Ini Boleh Mengakibatkan Halusinasi Dan Membawa Maut"

Catat Ulasan

close