Video Lelaki Ini Melakukan Tugas Di Lapangan Terbang Sambil Menari Tular Dengan 11 Juta Tontonan

Date99 - Video lelaki ini melakukan tugas di lapangan terbang sambil menari tular dengan 11 juta tontonan!
Pernahkah anda melihat pekerja yang membantu juruterbang ‘memarkirkan’ pesawat di lapangan terbang sambil memberikan isyarat tertentu? Itulah tugas Kyran. Sambil memberikan signal pandu ke arah juruterbang, Kyran mempamerkan aksi tarian mengikut rentak yang tersendiri.

Video Lelaki Ini Melakukan Tugas Di Lapangan Terbang Sambil Menari Tular Dengan 11 Juta Tontonan

Video tersebut dirakamkan oleh penyanyi lagu ‘country’ iaitu Terry McBride yang kemudiannya memuatnaik video tersebut di Facebook. Dalam tempoh kurang daripada seminggu, video berkenaan meraih lebih daripada 11 juta kali tontonan dan dikongsikan sebanyak 170,000 kali!
“Persembahan ini berlaku di luar tingkap semasa saya sedang berlepas dari New York untuk pergi ke Nashville. Lelaki ini sangat hebat!” menurut kapsyen Terry pada video berkenaan.
Ketika ditanya mengenai motivasinya untuk menghiburkan para penumpang, Kyran menjawab, “Jika saya boleh membuatkan hari seseorang menjadi lebih indah, itu sudah mencukupi. Saya telah melakukan tugas saya”.
“Apa sahaja yang saya lakukan adalah sebahagian daripada diri saya. Ibu telah mendidik saya untuk menjadi seorang lelaki yang mempunyai personaliti baik. Jadi, kita tidak perlu berasa malu dengan siapa diri kita yang sebenar”.
Video Lelaki Ini Melakukan Tugas Di Lapangan Terbang Sambil Menari Tular Dengan 11 Juta Tontonan
Tambah Kyran lagi, “Anda tidak tahu mengapa mereka menaiki kapal terbang tersebut. Mungkin mereka hendak menghadiri upacara pengebumian. Jadi, ini merupakan salah satu usaha saya untuk menggembirakan orang lain”.
Lihat dan nikmati video di bawah.
Sumber: Era Baru

0 Response to "Video Lelaki Ini Melakukan Tugas Di Lapangan Terbang Sambil Menari Tular Dengan 11 Juta Tontonan"

Catat Ulasan

close