Date99 - Kata orang jodoh adalah rahsia Tuhan yang paling indah. Tiada siapa yang tahu bila, dengan siapa atau bagaimana mereka dipertemukan dengan jodoh. Adakalanya jodoh datang tanpa diduga.
Seperti yang terjadi kepada pasangan Zoe Folbigg dan Mark, siapa sangka pertemuan mereka dalam komuter adalah pemulaan cerita cinta mereka hingga mereka akhirnya mendirikan rumah tangga.
| Hari-Hari Berjumpa Tapi Tidak Berkenalan. Wanita Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Lelaki Tampan Dalam Komuter, Akhirnya Dia Bertindak Dengan Berani |
Pertemuan mereka bermula apabila Zoe yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja seperti biasa menggunakan komuter mula perasan seperti ada yang aneh. Oleh kerana dia menggunakan komuter setiap hari jadi dia dapat mengecam wajah-wajah orang yang selalu ditemui di dalam komuter itu. Suatu hari muncul seorang lelaki yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini sedang duduk sambil membaca buku.
Zoe cuba untuk melihat mata lelaki itu, namun kerana bukunya yang diangkat tinggi membuatkan Zoe gagal melihatnya dengan jelas.
Jika dahulu Zoe lebih suka mengenakan jeans dan Converse namun dia akhirnya memutuskan untuk membuat perubahan dalam mengenakan pakaian yang lebih menawan. Dia mula berdandan setiap pagi selepas dia bertemu dengan lelaki misteri itu.
| Hari-Hari Berjumpa Tapi Tidak Berkenalan. Wanita Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Lelaki Tampan Dalam Komuter, Akhirnya Dia Bertindak Dengan Berani |
Apa yang lebih menarik Zoe sering terserempak dengan lelaki yang diminatinya itu di dalam komuter yang sama. Namun begitu, lelaki itu masih dengan bukunya, langsung tidak menyedari akan kehadiran Zoe di situ.
“Itu adalah cinta pada pandangan pertama saya, saya tahu ia kedengaran agak gila tetapi itulah yang saya rasakan,” kata Zoe.
Dia akhirnya memberitahu rakan-rakannya mengenai lelaki misterinya dan mereka mula mengusik Zoe dengan jenaka-jenaka mereka mengenai pemuda misteri itu.
“Bagaimana pula dengan ‘Train Man’ hari ini? Apa yang dia pakai? Adakah dia akan melihat kamu?”.
Semua itu walau bagaimanapun tidak berlaku. Lelaki itu masih dengan bukunya, tekun membaca di dalam komuter sehingga suatu hari seorang kawan mencadangkan sesuatu kepada Zoe. Temannya mencadangkan supaya Zoe berpura-pura menjatuhkan tiketnya di hadapan lelaki itu dan lihat adakah lelaki itu akan membantunya mengambil tiket yang jatuh itu.
Rancangan diteruskan. Zoe telah mengikut apa yang dicadangkan kawannya, namun begitu walaupun lelaki itu membantunya mengambil tiketnya yang jatuh semuanya hanya berakhir di situ.
Zoe kemudian memutuskan untuk mendekati lelaki itu dengan menulis surat kepadanya sebagai hadiah buat dirinya pada ulang tahun kelahirannya. Dia terlalu gugup untuk terus mendekati lelaki itu secara bersemuka.
| Hari-Hari Berjumpa Tapi Tidak Berkenalan. Wanita Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Lelaki Tampan Dalam Komuter, Akhirnya Dia Bertindak Dengan Berani |
Dalam surat tersebut, dia memperkenalkan dirinya dan mengundang lelaki itu untuk keluar minum bersamanya. Dia juga meninggalkan alamat e-melnya. Pada hari yang sama, kira-kira pada pukul 5.30 petang, dia menerima e-mel daripada lelaki itu dengan tajuk ‘lelaki di dalam kereta api’.
Dalam e-mel itu lelaki itu mengucapkan terima kasih atas undangan itu. Namun begitu, dia tidak menerima undangan itu kerana dia sudah pun memiliki teman wanita dan teman wanitanya pasti tidak suka jika dia keluar dengan Zoe walaupun sekadar untuk keluar minum. Dia juga sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada Zoe atas hari ulang tahunnya.
Mereka kembali seperti biasa selepas itu, masih senyap dan tidak bertegur siapa ketika dalam komuter selama kira-kira lapan bulan.
Suatu hari Zoe mendapat e-mel daripada lelaki itu bertanya sama ada dia masih mahu keluar dengannya. Zoe semestinya sangat terkejut ketika itu tetapi dia tetap menerima pelawaan lelaki itu. Sejak daripada itulah mereka mula sedar bahawa mereka sememangnya mempunyai banyak persamaan.
Dalam tempoh 3 bulan, mereka mula tinggal bersama dan semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Tiga tahun kemudian, mereka telah melancong bersama. Di Australia, semasa mereka dalam kereta api, Mark telah melakukan sesuatu perkara yang sangat luar biasa, sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh Zoe. Mark muncul dengan soalan yang sangat menyentuh hati Zoe ketika itu iaitu;
“Adakah kamu sudi untuk mengahwini saya?”
Sekarang, Mark dan Zoe bahagia dengan perkahwinan yang dibina. Hidup mereka kini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang cahaya mata lelaki. Sesungguhnya cerita cinta mereka begitu indah untuk dikenang. Mereka sangat bertuah kerana dipertemukan antara satu sama lain.
Sumber:Era Baru

0 Response to "Hari-Hari Berjumpa Tapi Tidak Berkenalan. Wanita Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Lelaki Tampan Dalam Komuter, Akhirnya Dia Bertindak Dengan Berani"
Catat Ulasan